pembaca-pembaca setia saya=D

Friday, July 29, 2011

Cemburu itu fitrah manusia!

Assalamualiakum semua pembaca2..

yg dikasihi..semoga kita semua diberkati,dirahmati,dikasihi oleh pencipta kita Allah SWT

amminn....

saya says :saya cemburu!

buku says :cemburu?

cemburu sebab apa?

saya says: cemburu sebab mereka semua cemerlang dlm pelajaran..

buku says: haa?biaq btoi?

saya says: btoi la sya cemburu x kan sja2 saya tulis....

buku says: emmm..slama nie kau x pernah cemburu pon...

saya says: itu dlu skrang lain bah~zzzzz

buku says: owh...buang tabiat ka?

saya says: ishhh...mna ada la...saya serius bah~

buku says: emmm apa boleh saya buat..?

saya says: tolong saya boleh...

saya says: BOLEH saja....

saya says: saya nak baca awak boleh x?

saya says: arr...hee..saya sentiasa bersedia untuk awak..anytime,anywhere..

saya says: btol awak...x sngka saya...saya terharu...

buku says: yg penting awak jgn malas...

saya says: ok2 saya jnji awak...

buku says: ok..start from here...are u ready????????????

saya says: bismilahhirahmanirahim..dengan nama Allah seya bersedia..untuk sentiasa menemani awak
menyuluh awak ketika awak sunyi..mengenali awak dengan lebih mendalam...=)


buku says: alhamdullilah..=)






(p/s: perkara dia atas tidak kena mengena dengan orang yg hidup mahupun
org yg mati=))perkara di atas hanya saja2hee...)SAYA

CEMBURU!!!


sesungguhnya cemburu itu kurniaan dari Allah kpd hambanya=)

walahualam

salam~

Monday, July 25, 2011

Tanggal 25 JULY=)

Assalamualaikum semua pembaca2 yg setia...

semoga kita semua diberkati Allah ya...ammin ya rabbal alamin....

lama x menaip blog nie...rindu saya dibuatnya.........ok2..

attention2!!!!!!!!!!

hari nie besday saya..heheh..saya seronok sbb dah 16 tahun....

alhamdullilah..

semoga kita kita semua mndapt keberkatan hidup..

dlm kehidupan kita nie hnya itu yg kita mahu..

x dapat yg tu..sesungguhnya kita tergolong dlm orang2 yg rugi..

~nauzubillah~

mintaq dijauhkan semua itu AMMIN...

actually saya dpt hadiah yg sgt special dri mama dan abah saya

HADIAH itu sgt special....terima kasih mama and abah

MAY ALLAH ALWAYS BLESS BOTH OF YOU......

kpd teman2 seperjuangan juga..terima kasih kerana sering mendoakan saya...

may Allah bless us..

ok.la..





Happy Birthday to me=)


otak blur sudah...salam=)

Tuesday, July 12, 2011

Sabarlah wahai hati~

Assalamualaikum..fuh! berabuk blog saya

lama x update rindu la pulak...hehhe...MUJAHIDAH....best nama nie..tapi bkn sekadar nama

di sebalik maksud ayat nie sangat bermakna...sangat diingini oleh muslimah2..insyallah..

hmmm....sabarlah wahai hati yg tenang....pada ketika ini hati saya berasa sgt tidak tenang..

haiii~kenapa lah wahai hati...tidak syak lagi...sah angkara syaitan durjana yg sedang menghasut

saya nie...seperti yg difirman oleh ALLAH bahawa syaitan akan menghasut kaum2 adam

sehingga tiba hari kiamat..nauzubillah~ mintak jauh la dari hasutan yg boleh membawa ke jalan

yg dimurkai ALLAH...

kali nie ana nak cerita sikit kisah ana....cewwaahh~hehehe...

hati saya sekarang nie agak sakit akibat sikap seorang kawan...sya tidak boleh sebut nama

kawan saya...seperti yg disabda oleh nabi muhammad yg menyatakan bahawa jgn..

mencari atau menceritakan aib org..kerana ia akan mengundang kemurkaan ALLAH..

nauzubillah~

jadi saya hanya nak cakap apa yg saya rasa..ok...masa sya nak balik sekolah tadi

adalah seorang hamba ALLAH nie...sya bertanya kpd dia sesuatu...
sya dgn penuh harapan mahu mendengar jawapan yg akn dibalas olehnya...tiba2...

harapan sya hampa....malah dia menjawab..HG SAPA...seolah2 dia xnak menjawab..

apa yg disoal oleh saya..masyallah sungguh tersentap hati sya...hanya ALLAH yg

tahu...seorang hamba ALLAH yg dianggap sahabt sanggup membalas jwpan

sedemikian rupa...hmmmmm..

harapan saya,,saya berharap kata2nya hanyalah sekadar melawak...itulah harapan saya.

kps semua pembaca...ingatlah jgnlah cepat bersangka buruk kpda orng..

sentiasalah berfikiran positif..untuk mengelakkan..sifat yg disukai oleh syaitan durjana...

nawarqolbibinurima'nqrifatik...

wallahualam=)

Friday, July 1, 2011

Bonggol unta

Assalamualaikum semua...alhamdulillah akhirnya ada jugak ruang untuk

saya nak post kali nie....

kali nie saya nak post pasal bonggol unta.....fuh!!

ramai juga masyarakat wanita sekarang yg semankin menjadi ikat sanggul sampal ke atas...

katanya nak bagi cantik...and nampak kemas.....

contahnya:




masyallah tingginya...cantuk ke...saya rasa mcm alien je..haha....


Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)

akibatnya:


mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali


ini adalah dari hadis nabi...nabi mengutuk sesiapa yg meninggikan sehingga menampakkan

bonggol unta....maka kepada sesiapa yg masih melakukan trend bonggol unta

yg dianggap cantik tu....maka berubahlah...

bertaubatlah kepada Allah sesungguhnya dia maha pengampun....

masyarakat kita sekarang masih keliru tentang penutupan aurat yg mengikut syarak....



ini dia cara penutupan aurat yg mengikut syarak...


tudung hendaklah menutup seluruh tubuh...tidak jarang,nipis,ketat,dan singkat...

baju hendaklah labuh menutup punggung dan tidak sendat......



p/s:kaum2 muslimah yg dirahmati Allah sekalian...renung2lah diri anda semua...
adakah kita sudah mengikut suruhan Allah dgn baik....adakah kita
mengikut hukum yg sebenar2nya mengikut hukum Allah....
renung2kanlah..termasuk diri saya sendiri...



~walahualam~

Wednesday, June 29, 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

Israk mikraj=)

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..


~salam~


Tuesday, June 28, 2011

Aurat itu penting bah~

Assalamualaikum semua....uhuk2..

bismillahhirahmanirahim....berhabuk dah blog saya....fuh!!fuh!!...

ok....now LEmons FREAk telah diganti dengan CAHAYA AGAMA...ok....lantak la apa

kalian nak ckp..huhu...sebenarnya saya pun xtaw maksud lemons freak...huhu...

pakat buh ja...so untuk menyadapkan lagi blog saya...saya bubuh la CAHAYA AGAMA

sempena nama sya....hoho....bangga den sebenarnya...ok2....

kali nie saya nak terang sikit bab aurat yg perlu kita jaga....majoriti masyarakat zaman sekarang

makin memandang enteng terhadap aurat yg telah diwajibkan oleh Allah

kepada manuasia....x kira lelaki atau perempuan...aurat harus dipelihara....

seperti firman Allah:

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].


kalau dah Allah suruh tutup aurat maka tutuplah...susah sgt ka...

dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kamu kepada org lain..kecuali kepada mahramnya....

maksudnya jangan kamu menampakkan perhiasan seperti rantai,subang,gelang kaki and so on..kepada org lain..

kecuali insan yg haram untuk nikah....

oleh tu renung2 lah muslimin dan muslimat sekalian...nescaya insyallah akan dimasukkan kamu dalam syurga Allah..

~insyallah~


~walahuallam~


~salam~